Wedding | Pintu Geng

Majlis Persandingan 3 pasangan mempelai 2 puteri, 1 Putera kepada Bonda Abidah Taib

Bertempat di Rumah Tamu Pintu Geng, Kelantan

Ini adalah kali pertama admin mengendalikan majlis persandingan yang melibatkan 3 pasangan mempelai. Fantastic yang amat!!

Jom tengok;))



Pasangan yang berada di tengah2 [persalinan merah] merupakan putera & menantu sulong buat bonda Abidah, diapit oleh adik2 perempuan serta ipar. Sangat comel apabila bonda Abidah dapat menerima 3 menantu secara serentak [ putera sulong, serta puteri ke2 dan 3] kan? Walaupun agak kekok sebab bonda melaluinya secara pertama kali, tapi ia amat sempurna kerana bukan mudah untuk menerima 3 menantu secara serentak.



 PERSEMBAHAN SILAT 





Ini adalah salah satu acara yang paling best dalam majlis ini, iaitu persembahan silat yang dipersembahkan khas untuk menyambut rombongan yang hadir. 
Silat SEKEBUN BUNGA namanya. Indah kan?Seindah nama, begitulah juga indahnya persembahan yang di bawakan.  3x menyambut, bermakna 3x persembahan silat yang ada. Amat2 best, cuma jangan ter 'naek angin' sudah. Sangat comel kan apabila melihat sepasang anak kecil berentap? ;) 
Persembahan ini pun dari pihak kami, SOUND TEAM yang bawakan. Semuanya ada dalam pakej ;)) 




 MAKAN BERADAB 


Makan beradab merupakan acara yang wajib yang perlu di lakukan oleh pasangan mempelai. 
Tapi kali ni memang best. Mereka umpama sang raja dan permaisuri kelihatannya apabila mereka dikawal rapi oleh sepasang panglima kecil di belakang dan dihidangi dengan lauk pauk yang sedap dan cantik hidangannya..  
Dan yang sedang kalut2 melayan pengantin tu lah admin. Saja je nak meng'kalut'kan diri ye....hehee..


 ACARA SANTAI 

Sekarang masa untuk bersantai2 dan merupakan aktiviti wajib bagi Mr DJ apabila melaksanakan tugasan, iaitu berkarok2... 
Pasti ada yang akan naek angin juga ni....tettt *_'



Haaa... kan dah cakap, pengantin pun naek angin sudah...! hahah Tapi mmg best la suara die. 

Lagu yang di dedicate untuk isteri tersayang.... cayalah abg awi ;)



Berduet. Mr DJ dan Miss Yaya . Sangat Comel gandingan kami kan? 


Tiada ulasan: