Wedding | Pasir Puteh

Majlis Kahwin Di Pasir Puteh

Assalamualaikum..
Majlis ini dah beberapa bulan berlalu, tapi baru kini admin berkesempatan untuk update. Hehehe...
Sampaikan nama pengantin pun admin ada sedikit lupa, since ini adalah projek anak buah. So sori taw! Gglurrppp!


Ini adalah pasukan gendang yang di import khas dari Tanah Merah.. Lama juga di palu2 gendangnya.. Kalu tak silap dari pagi, sampai lah majlis. Sangat rajin mereka ini. Hehehe.. Kami apa lagi, suka jugak la sbb tak banyak buat keje kan.. Xkan nak berlawan bunyi pulak kan? Kikiki




En Dj sedang layan lagu tu.. Haa nyanyi lagu 60 an. Saja je tu, nak main angin pakcik kat sebelah tu. Hehehe
Biasalah, sebelum majlis start En DJ lah yang bertanggungjawab memeriahkan majlis. Ye tak?






Special cket kali ni.. Mesti korang tertanya-tanya apakah gambar yang ada kat bawah ni kan? Ini adalah bersempena sambutan KEMERDEKAAN, pihak rombongan pengantin perempuan di sambut dengan percikan bunga api. Haaaa, unik tak?








Pengantin di sambut dengan langkah silat :)





Makan beradab. Simple tapi menarik ;)





Alhamdulillah. Selesai majlis#

Tiada ulasan: