FUNGSI DJ / EMCEE (MC) & CONTOH ATUCARA MAJLIS PERKAHWINAN

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Assalamualaikum... ♡♡ 
.
FUNGSI DJ / EMCEE (MC) 
.
Mungkin ramai yang masih tidak memahami atau mungkin langsung tidak tahu menahu tentang skop tugasan DJ  / EMCEE (MC), terutamanya bagi sesebuah MAJLIS PERKAHWINAN kan?

Ada yang fikir, kehadiran seseorang DJ didalam sesebuah majlis perkawinan adalah mengarut, tak relevan dan bising!
.
So sekarang, kakzee akan briefly explain ya?
.
Untuk makluman korang,  tugas DJ  / EMCEE (MC) ini adalah TERSANGAT BESAR walaupun pada hakikatnya mereka adalah pilihan yang terakhir dalam senarai pelanggan. Ya betul, bila sebut pasal majlis perkahwinan, PELAMIN & KATERING adalah yang utama. DJ / EMCEE (MC) adalah yang terakhir, itupun sekiranya ada lebihan wang. Kan? Hehehe
.
Dan sekarang cuba korang bayangkan bilamana majlis perkawinan korang yang gah dengan pelamin, dengan pilihan makanan yang melazatkan namun kosong tanpa sebarang bunyian. Kereta yang block antara satu sama lain pun tak dapat nak tahu siapa yang punya, lauk pauk yang sudah kehabisan pun kadang-kadang terlepas pandang begitu sahaja. Itu belum lagi, bab rombongan pengantin tiba tapi khalayak langsung tak perasan dengan kehadiran mereka. Mood kahwin lagi la, korang tak dapat nak feel lelebih.
.
Ya betul, pastinya dengan kehadiran DJ / EMCEE (MC) beserta dengan set lengkap AUDIO SISTEM mampu MEMPERMUDAHKAN MAJLIS korang. Kiranya kalau masak, part ni dia macam AJINAMOTO gitu. Takde tak menjadi masalah tapi kalau ada pasti jadi lagi best & menyelerakan. Jangan terlebih & terkurang sudah.  Bukan setakat mempermudahkan majlis, malah mampu menaikkan lagi mood majlis tersebut dengan lagu-lagu pilihan seperti lagu pengantin baru dan sebagainya. Haaaa feel tu yang penting. Kahwin kan sekali je seumur hidup?
.
.
.
CONTOH ATUCARA
Actually atucara/tentatif ni biasa-biasa saja, cuma kadang-kadang bagi keluarga yang pertama kali mengadakan majlis, tentunya akan mengalami sedikit masalah. 

Mungkin ada yang terkeliru tentang apa yang perlu di dahulukan, dan yang mana perlu dikemudiankan. Kan?
.
.
KEDATANGAN TETAMU
Disini lah pentingnya perkhidmatan DJ / EMCEE (MC) iaitu untuk mengalu-alukan tetamu (merai) supaya majlis bertambah meriah dan tetamu rasa dihargai. 
Selain itu, DJ / EMCEE (MC) majlis juga berperanan sebagai 'penjaga trafik'. Hahaha memang benar, kadang-kadang ada saja tetamu yang parking kereta sesuka hati mungkin kerana ketiadaan parking/ingin cepat. Juga berperanan untuk mengingatkan pihak urusetia/caterer/'jong kako' supaya menambah/memantau apa yang perlu. Inilah pentingnya tugas DJ / EMCEE (MC)
Dan untuk keluarga pengantin, jangan lupa untuk bahagi tugas siap-siap supaya tidak kelam kabut & masing-masing tahu peranan masing-masing.
.
.
ROMBONGAN TIBA
DJ / EMCEE (MC) akan mengumumkan ketibaan rombongan serta menjemput masuk ke pelamin. Lagi menarik jika adanya iringan kompang (tak kiralah secara live ataupun sekadar music MP3). Kalau team FREMK, pantun wajib ada. Kerana pantun adalah lambang kemelayuan, simbolik bagi kita manusia yang penuh dengan adab dan tatasusila, juga sebagai pemanis majlis. Jangan lupa bridesmaid standby untuk sambut dulang hantaran.
.
.
GIMIK
Contoh gimik yang di maksudkan adalah acara SILAT atau lain-lain seperti Muay Thai, Letusan Bunga Api/Senapang, Melepaskan burung dari sangkar dan lain-lain. Untuk makluman korang, team FREMK juga menyediakan perkhidmatan SILAT sama ada secara solo ataupun secara regu (live). Nak menarik, ambil pakej VIP je kami beri PERCUMA silat tari pembuka kepada korang. Best kan? Sweet je majlis.
.
.
BACAAN DOA
Doa adalah suatu kemestian, dalam menyantuni majlis dan sebagai keberkatan untuk kita sepanjang majlis. Kebiasaanya doa tersebut akan dibaca oleh ahli keluarga empunya majlis/ustaz jemputan. Namun, pihak FREMK juga ada menyediakan perkhidmatan baca doa secara percuma. Yang ni, nanti korang boleh tinjau-tinjau pakej kami ye. Ingat, tak semua orang boleh baca doa tau. Hehe
.
.
MERENJIS/MENGENAL/SALAM RESTU
Sementara untuk acara merenjis/mengenal/salam restu, ianya perlu di dahulukan dengan keluarga (pengantin lelaki/perempuan) yang menjadi tetamu majlis. 
Sebagai tanda hormat dan untuk memberi laluan bagi yang ingin pulang segera. Jumlah. Mungkin ada yang tanya berapa orang yang kena merenjis/mengenal/salam restu tu kan? Sebenarnya, tak ada limit pun berapa. Cuma jangan terlalu ramai kerana ianya akan mengmbil masa yang lama & membuatkan majlis tadi menjadi anti klimaks. Kebiasaanya team FREMK minta 3-5 orang/pasangan  sahaja dari setia keluarga. Yang penting, standby awal-awal senarai nama yang nak merenjis/mengenal/salam restu.
.
. 
PERSEMBAHAN
Jika ada. Antara persembahan yang pernah kami kendalikan, Persembahan dari DJ / EMCEE (MC), Nasyid/Liveband/Guitar/Magik dan lain-lain
.
.
MAKAN BERADAB & POTONG KEK 
Bab makan beradab pun sama, korang perlu standby awal-awal siapa yang perlu makan bersama. Jika kerusi makan beradab tersebut diperuntukkan untuk pasangan pengantin sahaja tak mengapa, namun jika kerusi tersebut disiapkan juga untuk ibu bapa pengantin (kedua-dua belah pihak) memang perlu bagitahu awal-awal terutama kepada ibubapa pihak rombongan supaya makan bersama-sama dimeja makan beradab. Namun jika masing-masing sibuk, boleh standby wakil. Kalau tak rancang awal-awal memang kesian jugaklah sebab nanti pengantin akan jadi tertunggu-tunggu, kadang-kadang ibu bapa belah rombongan dah siap makan pun ada. Dan yang tak syok ibubapa yang empunya majlis tu tak muncul-muncul sebab sibuk melayan tetamu.

Satu lagi, minta standby seorang/dua orang bahagian serve makan beradab. Adik beradik ke, sepupu ke, bridesmaid pun ok jika ada.
. 
BERGAMBAR
Sepatutnya bergambar family ini perlu diadakan selepas siap acara penting supaya pengantin kurang gementar dan dalam keadaan lebih bersedia. Juga perlu didahului dengan keluarga (pengantin lelaki/perempuan) yang menjadi tetamu majlis.
Apa yang penting, pihak FOTOGRAFER WAJIB berkomunikasi dengan DJ / EMCEE (MC) supaya majlis berjalan lancar!  
.
.
BERSALAM-SALAMAN DENGAN TETAMU
(Suai kenal pengantin baru) yang ni kadang-kadang ramai yang terlupa.. Hanya salam dan senyum-senyum, pastu usik-usik.. Apa yang sepatutnya adalah memperkenalkan pasangan (Pengantin lelaki/perempuan) kepada tetamu terutama dari kalangan SAUDARA MARA.. Contohnya, ini adalah sepupu dari Jordan ke, 
Motifnya, bila berjumpa kali kedua, pasangan akan lebih bersedia dan mungkin ingat-ingat lupa pada saudara tersebut, dan senang untuk diperingatkan kembali..
Almaklumlah, bukan senang nak menyesuaikan diri dalam keluarga baru kan? Tambah-tambah nak kena ingat semua sanak saudara baru.Heheehe
.
.
BERGAMBAR OUTDOOR
Jika ada peruntukan wang extra, adalah lebih baik untuk pasangan pengantin adakan sesi bergambar outdoor tesebut pada hari lain. Namun begitu, ianya tetap tidak menjadi masalah jika korang masih ingin adakan pada hari tersebut (mungkin kerana kekangan masa atau pun wang itu sendiri). Namun sebagai pengantin yang menentukan, korang boleh tentukan masa yang sesuai untuk bergambar outdoor tanpa mengabaikan tetamu yang datang. Misalnya awalkan majlis perarakan daripada kebiasaanya, supaya semua acara yang telah disenaraikan itu tadi berjalan dengan lancar. Dan korang pun takde la kelam kabut nanti
.
 . 
InsyaAllah jika korang ambil pakej VIP dari team FREMK, tentatif ini team kami yang akan siapkan. Pihak korang hanya relaks sahaja pada hari majlis. Tak perlu nak sakit-sakit kepala lagi dah. Hehehe

Tiada ulasan: