PANTUN PENGANTIN

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Assalamualaikum... ♡♡ 
.
Pantun adalah sangat sinonim dengan budaya dan adat melayu. Ya, pastinya kurang meriah jika sesebuah perkahwinan itu tidak disulami dengan pantun, kan?
Pantun usik mengusik antara jenis pantun yang sering dijadikan pilihan dalam majlis dan ianya sekali gus mampu mencuit hati buat sesiapa yang mendengarkanya.
.
Jadi disini team FREMK bawakan khas untuk korang yang dah kepeningan untuk mencipta pantun! Tak payah susah-susah dah, copy jer yang ni. Hehehee
Lagi bagus kalau korang menggunakan khidmat DJ / Emcee (MC) dari kami. Semuanya bisa di atur pak! Hehehe

.
.

PANTUN SEMASA PENGANTIN TIBA
Orang ke laut manjala udang,
Petang hari pasang pelita, 
Yang ditunggu sudah pun datang,
Yang dinanti sudah pun tiba.

Dimalam hari terang senegeri,

Bulan purnama dihujung julai,
Majlis gahari bertambah seri,
Menyambutkedatangan kedua mempelai.

Tanam serai berumpun-rumpun,

Disiram air setiap hari,
Lemah gemalai hayun tersusun,
Maklumlah dipanggil raja sehari.

Beli gula dipekan baru,
Berbalut kertas merah kuning,
Sila-sila pengantin baru,
Dua sejoli jalan berganding.


Panas kering siapakan tahu,
Hujan rintik didaun pandan,
Berjalan seiring bersentuh bahu,
Sama cantik sama lah padan.

.
.
PANTUN MERENJIS
Doa berkat penutupnya amin,
Jari entik memukul gendang,
Mempelai berangkat diatas pelamin,
Sama cantik sama padan.


Rimbun semalu dijambu batu,

Bangkit pelanduk terus berlalu,
Kompang dipalu menyambut restu,
Pengantin duduk tersenyum malu.

Orang jauh dikenang-kenang,

Hanya terkenang pada yang satu,
Mula kenal kemudian bertunang,
Diatas pelamin sama bersatu.
.
.
PANTUN SELAMAT
Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah,
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang diizinkan Allah. 

Tetak buluh panjang sepuluh, 
Mari jolok sarang penyengat,
Rafak susun jari sepuluh,
Minta doa biar selamat.


Yang jauh sudahlah dekat,
Sudah dekat bersalam-salaman,
Kami berdoa semoga berkat,
Menempuh hidup di dalam aman.

Berdua mencari renda,
Dapat satu di Inderagiri,
Doa restu dari ayahanda bonda,
Agar masjid kekal berdiri.

Kelat mengkudu tiada bertanda,
Patah dahan tempat berteduh,
Berkat restu ayahanda bonda,
Mudah-mudahan dipanjangkan jodoh.

Orang membelat ditepi pantai,
Banyak dapat ikan tembakul,
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan sudah termakbul.

Kudup seroja beria-ia,
Hendak keluar tak nak sekerat,
Hidup kekal bahagia ceria,
Dari dunia sampai akhirat.

Buah rambai tumbuh dihutan,
Dihujung ranting buahnya lebat,
Mari beramai kita doakan,
Semoga majlis mendapat berkat.

.
.
PANTUN SILAT
Palu gendang dengan rotan,
Langkah pendekar tari pahlawan,
Seni kebudayaan seni warisan,

Persembahan silat kami bawakan.

.
.
PANTUN MAKAN BERADAB
Lebah menari selepas kerja,
Tarian adat sudah ditetap,
Menambah seri hari bahagia,
Makan beradab jadi pelengkap. 

Puan dibawa kegunung ledang,

Dibawa dengan penuh beradab,
Pinggan mangkuk telah penuh terhidang,
Kina masa makan beradab.


Semerbak bunga seroja,
Dibelai dara pingitan,
Lauk pauk penuh semeja,
Jemput mempelai menikmati hidangan.

Dimalam hari terang senegeri,
Bulan purnama dihujung julai,
Majlis gahari bertambah seri,
Selamat makan beradab kedua mempelai.

.
.

PANTUN SESI BERGAMBAR
Helang menyambar serigala gusar,
Melihat kelibat si halimunan,
Sesi bergambar keluarga besar,
Jadi Kenangan sepanjang zaman.

.

PANTUN PENGANTIN
Pijat mati disarang kerengga,
Anak murai saja berlari,
Hajat hati sekelian keluarga,
Hendak merai raja sehari. 

Diijab kabul suami isteri,
Jodoh pertemuan sudah tersurat,
Berkasih sayang suami isteri,
Semoga bahagia dunia akhirat.

 Sudah bersarang burung tempua, 
Sarangnya tinggi tidaklah rendah,
Dahulu seorang kini berdua,
Ikatan janji tertunai sudah. 

Anak cina mengail patin, 
Mengail patin ditepi titi, 
Senyum terukir pasangan pengantin, 
Tanda gembira penuh dihati.

Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
sudah bertemu dengan pasangan
laksana cincin dengan permata

Orang jauh dikenang-kenang, 
Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang,
Akad dilaksana sama bersatu. 

Pulut berinti dibalut palas,
Disusun-susun didalam raga,
Kasih bersemi adat beralas,
Sudah bergabung dua keluarga. 

Tiup serunai diatas kota,

Uda memupuk bunga melati,
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai didalam hati. 

Satin biru habis digunting,

Sehelai sepinggang tiadalah jua,
Pengantin baru manis bersanding, 
Bagai pinang dibelah dua. 

Teruna berpeluh memuja bidadari,

Lama nian lekat dimata,
Pesona sungguh raja sehari,
Umpama berlian diikat permata. 

Gemalai kuntum melentuk diranting,

Tempua bicara irama syahdu,
Mempelai tersenyum duduk beranding,
Mertua gembira terima menantu. 

Buah macang melentur rendah,

Dahan melentur bercabang dua,
Bertuah abang beristeri solehah,
Belahan hati penenang jiwa.


Amat garang datuk bentara,
Musuh melanggar habis dibenam,
Dulu seorang kini berdua,
Hidup bersama susah dan senang.

Orang jauh berkirim surat,
Berkali2 di baca jua,
Ikan dilaut asam didarat,
Didalam kuali bertemu jua.

Keris dan sundang lambang diraja,
Itulah tanda raja yang mabrur,
Tanah ladang diletak baja,
Semakin dibaja semakin subur.

.
.

PANTUN TETAMU
Buah pauh mari dikerat,
Alamat petang  boleh dimakan,
Pada yang jauh dan juga dekat,
Selamat datang kami ucapkan. 

Kalau tidak kerana bulan, 

Tidak bintang terbit inggi, 
Kalau tidak kerana tuan, 
Tidak majlis sepermai ini.


Hari ini menanam jagung,
Hari esok memintal tali,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan mempelai dua sejoli. 

Nasi putih nasi lemak,
Sajian makanan di waktu pagi,
Terima kasih banyak - banyak,
Sudi bertandang ke majlis kami.

Kalau tidak kerana bulan,

Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan,
Tidak majlis sepermai ini.

Asal dari Bukit Siguntang,

Kisah hikayat tidak terperi,
Kami mengucap selamat datang,
Hadir tuan menambah seri.

Menitis peluh merentas ladang,

Hati-hati menjejak kaki,
Sebaik saja sajian dihidang,
Sudilah tuan puan persilakan diri.

Beli titi kayu belian,

Belian dibeli dari ulu,
Minta sudilah hadirin sekalian,
Janhan segan jangan malu.

Cantiknya burung cenderawasih,

Terbang sekawan dihari petang,
Kami ucapkan terima kasih,
Kepada tuan yang sudi datang.

.
.
PANTUN PENUTUP
Inilah yang dikatakan,
umpama belayar telah sampai di pelabuhan,
umpama berkayuh telah sampai di muara,
umpama berjalan telah sampai ke destinasi. 

Mawar merah diatas peti,

Bunga melur saya kalungkan,
Tuan rumah berbesar hati,
Apa yang kurang mohon maafkan. 

Anak dara menumbuk pandan, 

Membuat kuih hidangan kenduri, 
Apa yang baik dijadikan teladan, 
Segala yang kurang mohon letak ketepi.

.
.
Apa yang penting, terdapat banyak lagi koleksi pantun-pantun yang menarik untuk anda!

Tiada ulasan: