INFO PENTING KETIKA BERLANGSUNGNYA MAJLIS PERKAHWINAN

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Assalamualaikum... ♡♡ 
.
Kat sini kakzee nak share sedikit info dan pengalaman sepanjang kakzee menceburkan diri dalam bidang ni. Iaitu tentang perkara-perkara yang biasa pengantin terlepas pandang ketika berlangsungnya majlis.
Yang bakal korang baca jap lagi tu adalah kesilapan yang biasa pengantin/keluarga pengantin lepas pandang. Bukan 1 majlis, tapi banyak majlis yang dah kakzee attend alami masalah yang sama. Kalau di tengokkan, semua perkara telah di "list out' kan dah.. Tapi masih ada yang lupa.. Hehehe.
Jom kita terrrjahhh! 
(No. ni disusun mengikut kekerapan/kefamousan)
Aaaaa gichewww. Hehehe
.
.
1. SEMASA MAKAN BERADAB
*TIADA PELAYAN
Yang ni paling famous.  Biasa yang layan pengantin semasa acara makan beradab ni famili terdekat, tapi biasalah dah namanya famili, masing-masing buzy melayan tetamu.
Jadi cara terbaik adalah dengan assign awal-awal tugas melayan ni kepada pengapit. Ini tak, kebanyakan pengapit, lepas pengantin turun je dari pelamin terus menghilang entah ke mana. Ini adalah part penting untuk elakkan 'delay' masa. Kesian pulak kakzee tgk kat pengantin, dah lah tersipu-sipu malu. Main-main isyarat je. Ada setengah tu, dah tunjuk muka stress dah sebab takde yang melayan. 
Tapi kalau korang deal dengan mak andam/jurugambar yang bagus, biasa mereka yang tolongkan. Tapi tu 'kalau' la.. So, untuk elakkan assign awal-awal.

*TIADA PENEMAN MAKAN
Ini pun sama, sepatutnya peneman makan adalah ibu bapa kedua-dua belah pihak.
Selalu terjadi adalah pihak tuan rumah. Sebab kebiasaanya, tuan rumah ni dah sibuk melayan tetamu yang datang. Jadi sebagai pengantin korang kena bagitahu dulu mak ayah supaya standby. Kalu rasa tak sempat juga, boleh wakilkan awal-awal kepada kakak/abang. 
Sementara bagi pihak rombongan pula jarang yang timbulkan masalah cuma persediaan perlu bagi mak ayah yang tak tahu apa-apa (mungkin dah tua/tak pernah buat majlis).
Bagi yang tiada mak ayah, boleh bagitahu pada wakil seperti kakak/abang. 
.
.
2. BARANG BERHARGA
Benda ni kakzee yakin semua orang tahu bahawa barang penting memang kena simpan elok-elok. Tapi hakikatnya bila dah tiba hari majlis, selalu berlaku kes hilang barang. Yang kerap didengar adakah telefon bimbit dan beg duit. 
Kakzee pun tak tahu nak advice macam mana. Cuma mampu bagitahu je. hehee.. Sebabnya kebanyakan kes ni biasanya dilakukan oleh saudara terdekat jugak. 
Pada malam berinai dan hari majlis jugak. 
Selain itu, BARANG HANTARAN. Ada jugak kes hilang barang hantaran. Yeala, barang hantaran pun dah ribu riban satu par. Mana tak geramnye orang sekeliling tu kan. Jadi perlu untuk pengantin take note pasal benda ni okey. 
Ni adalah pengalaman kawan yang Kakzee terbaca dalam fb. Katanya yang tinggal, hanya Al-Quran dan Sejadah je yang ada. Yang lai, nanhadoo. Heheee..
.
.
3. SAMBUT ROMBONGAN TIBA
Standby awal-awal siapa yang akan sambut par/dulang hantaran. Jika dulang hantaran ada 7, sekurang-kurangnya 7 individu yang perlu bersiap sedia untuk sambut pihak rombongan yang datang. Ini sangat penting supaya pihak rombangan rasa dihargai, dan tidak menunggu terlalu lama bagi menyerahkan par/dulang hantaran tersebut. Dan ini bagus untuk elakkan keadaan menjadi kelam kabut.
.
.
4. AJK MAJLIS
Walaupun majlis perkahwinan tersebut dibuat secara kecil-kecilan, pastikan ada AJK yang dilantik bagi melancarkan majlis. Antara yang penting adalah, AJK makanan, AJK minuman, AJK door gift, AJK tetamu, Runner, Pembantu pengantin dan sebagainya. 
. 
.
Banyak lagi info yang ada.. tunggu kakzee update kan dari semasa ke semasa okeeey! ^_*

Tiada ulasan: